Saturday, April 2, 2016

JANGAN PERNAH LEMAH

assalamualaikum..

selamat malam dunia..

seperti biasa, seperti hari-hari lain, aku masih juga susah untuk melelapkan mata

tak tahu kenapa.

mungkin sebab aku selalu resah memikirkan kerja-kerja yang tidak pernah tersiapkan.

kerja. sampai bila-bila tak pernah habis.

sampai aku rasa aku dah fedup! putus asa nak teruskan kerja aku sebagai peguam syarie sekarang.

rasa nak berhenti. tak sanggup lagi.

dengan tekanan dari client, tekanan dengan kerja yang terlalu banyak.

pagi pergi court, balik ptg nak siapkan semua dokumen-dokumen yang masih lagi pending.

hujahan, ikatan dokumen, pliding, pembelaan. segala macam kerja yang tak pernah sudah.

dengan AD + PA yang aku hadapi sekarang ni. lagi menguatkan aku untuk berhenti.

tapi! sampai bila? sampai bila nak dilayankan simptom ni?

aku kene lawan. aku kene kuat.

ini kerjaya aku! aku kene hadapi!

JANGAN PERNAH LEMAH AMIEY!!

Monday, February 22, 2016

My Time With You

Assalamualaikum..

Hari ini nak tulis pasal background music blog amiey ni..
sebenarnya lagu ni adalah OST dari drama korea favorite amiey untuk tahun 2016 ni..
"CHEESE IN TRAP". mohon nonton semua! drama ni best sangat! 

biasa la naluri wanita amiey ni kan suka sangat dengar lagu sentimental ni.. 
so, agak layan jugak laaa lagu ni. 
lirik dia pun best sebenarnya. 
lagi2 untuk wanita yang susah nak luahkan rasa cinta dia macam amiey ni.
hahahahaha okay merepek! uwek uwek! 
aku pun nak termuntah sebenarnya cakap benda ni. 

okay okay.. mohon layan semua. saja nak tulis pasal lagu My Time With You ni.
melodi sangat!!

k-annyeong! ㅠㅠ

Saturday, February 20, 2016

Aku Tak Selesa

Asaalamualaikum..

Rasanya dah lama amiey tak update blog amiey since amiey tamat belajar..
Rindu rasanya zaman kolej yang penuh dengan masa bermain.. Masa utk diri sendiri..
Now bila dah kerja.. Busy dengan kerja.. Sampai tak sempat luangkan masa utk diri sendiri..

Sampai2 kerja membuatkan amiey menghidapi AD ( Anxiety Disorder).
Sapa sangka.. Hidup selesa dahulu.. Kerana pikikan sngt kerja.. Buat amiey jadik macam ni sekarang.

Amiey tak salahkan kerja. Tapi amiey salahkan diri amiey yang terlalu obses demgan kerja.
Menyesal.. Tulaaa perkataan yang selalu amiey ckp dalam diri amiey.. Sedih! Amiey dh tak macam orang lain yang hidup selesa. Tak perlu pikir dan rasa mcm nak mati.

Tapi amiey? Sekarang nak bawa kereta pun takut2. Kadang tuu terpaksa berhenti tepi sebab nak muntah.
Sampai dalam kereta ada plastik utk persediaan nak muntah. Teruk kan.. Ya Allah tak sanggup dah rasanya.. Tapi perkara ni la yang selalu amiey hadap.

Paling terok.. Dulu.. Letak je kepala dekat bantal.. Amiey terus terlena.. Tapi sekarang.. Jam 4 pagi pun masih tak buleh tido. Loya, muntah2, sakit perut.. Semua ada.

AKU TAK SELESA.

Monday, December 31, 2012

Saya ada akk..

Akak sy sgt cantik..nama akk sy rosmarieza..

posted from Bloggeroid

Cameron! Aku datang..

Hai uolss..
Just nak bagi tau yang iolss pegi cameron last week..
Sangat best okay! Rasa mcm duduk kat korea sejuknyaa.
Iolss pergi dengan kawan3 iolss.. piya + pana + amer + capik. Best tetangat... rasa mcm nak pergi lagi.. yang tak boleh tahan tu.. weolss dah turun dah nak balik.. tetibe, si pana nak patah naik balik ke cameron sebab teringin strawberi lagi.. kah kah! So, weolss pun naik lah lagi.. kirenya 2 kali lah weols pegi. Hahahaha..  siyes! Tak boleh lupe pengalaman ni.