Wednesday, September 8, 2010

Warkah Buat Gadis s0lehah.... part 1

Assalamualaikum...
hurm... mata tak ley lelap..
seperti biasa.. lappy jadik tempat Amiey mengadap!
heheheheheeh..
kali ni.. Amiey nak k0ngsi kepada k0rang tentang satu warkah nih..
warkah nih Amiey dapat dari Sahabat Baik Amiey..
warkah ini ditujukan khas buat wanita yang menjadi idamannya..
tapi!~
ianya hanyalah sekadar renungan..
HANYA DI MATA ツ

WARKAH KU BUAT GADIS SOLEHAH

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan lelaki yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar Buat Renungan... Hanya Di Mata


to be c0ntinue.....

0 comments: