Saturday, April 2, 2016

JANGAN PERNAH LEMAH

assalamualaikum..

selamat malam dunia..

seperti biasa, seperti hari-hari lain, aku masih juga susah untuk melelapkan mata

tak tahu kenapa.

mungkin sebab aku selalu resah memikirkan kerja-kerja yang tidak pernah tersiapkan.

kerja. sampai bila-bila tak pernah habis.

sampai aku rasa aku dah fedup! putus asa nak teruskan kerja aku sebagai peguam syarie sekarang.

rasa nak berhenti. tak sanggup lagi.

dengan tekanan dari client, tekanan dengan kerja yang terlalu banyak.

pagi pergi court, balik ptg nak siapkan semua dokumen-dokumen yang masih lagi pending.

hujahan, ikatan dokumen, pliding, pembelaan. segala macam kerja yang tak pernah sudah.

dengan AD + PA yang aku hadapi sekarang ni. lagi menguatkan aku untuk berhenti.

tapi! sampai bila? sampai bila nak dilayankan simptom ni?

aku kene lawan. aku kene kuat.

ini kerjaya aku! aku kene hadapi!

JANGAN PERNAH LEMAH AMIEY!!

0 comments: